• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi, Malaysia Bekerjasama Perangi Islamofobia

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Arab Saudi berminat bekerjasama dengan Malaysia bagi memberikan gambaran sebenar Islam dalam usaha memerangi Islamofobia, radikalisme dan ekstremisme sejagat yang berleluasa ketika ini, kata Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan.

Beliau berkata, kedua-dua negara sentiasa berusaha menyampaikan gambaran sebenar Islam melalui konsep kesederhanaan atau wasatiyyah.

Menegaskan perlu ada kerjasama kolektif antara negara Islam bagi mencari jalan menyelesaikan masalah membelenggu ummah dan dunia Islam, beliau berkata, ia memerlukan usaha bersama dan penyertaan dari seluruh negara Islam untuk mengatasinya.

“Isu dan masalah membelenggu umat Islam sejagat seperti Islamofobia, radikalisme dan ekstremisme turut dihadapi kebanyakan negara lain di dunia.

“Jadi, perlu ada kerjasama kolektif dalam kalangan negara Islam bagi mencari penyelesaian kepada masalah itu,” katanya dalam wawancara khas di Kedutaan Arab Saudi di sini.

Menjelaskan Kerajaan Arab Saudi mengambil berat masalah negara Islam dan ummah, Mahmoud Hussien berkata, negara Islam boleh bekerjasama melalui institusi antarabangsa sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau berkata, melalui mekanisme dan instrumen OIC, negara Islam mampu mengutarakan segala pendirian mereka mengenai isu berkaitan termasuk membincangkan tindakan perlu diambil bagi menangani hal ummah dan Islam khususnya fenomena Islamofobia, ekstremisme dan keganasan.

“Kerjasama ini antara usaha dibangunkan OIC dan Malaysia serta beberapa negara Islam lain.

“Jadi, perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua negara perlu sentiasa diadakan dalam menonjolkan gambaran sebenar Islam. Hal ini selari dengan dorongan Penjaga Dua Kota Suci (Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud) dan Putera Mahkota Arab Saudi (Mohammed bin Salman) yang berusaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam semua bidang,” katanya.

Mengulas hubungan Malaysia dan Arab Saudi, Mahmoud Hussien berkata, hubungan diplomatik kedua-dua negara berada dalam keadaan kukuh dan berharap ia dapat dikembangkan lagi.

“Arab Saudi dan Malaysia sedang meningkatkan hubungan yang akan memberi dimensi baharu dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya. 

Tags: Arab SaudiislamIslamofobia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd