• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lagi Ditahan Kes Berita Palsu Coronavirus

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lagi individu disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak coronavirus 2019-nCov ditahan dalam operasi berasingan sekitar Melaka, Kedah dan Pahang hari ini.

Operasi dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara jam 11 pagi hingga 5 petang tadi.

SKMM dalam kenyataannya, berkata mereka yang ditahan adalah seorang tutor sambilan berusia 49 tahun di Alor Setar, Kedah, kerana memuat naik kandungan palsu 2019-nCov di laman sosial Facebook miliknya, Sabtu lalu.

“Dua lagi yang ditahan di Melaka adalah pembantu farmasi berusia 25 tahun dan 30 tahun, masing-masing ditahan di Peringgit dan Merlimau, sekitar jam 4 petang selepas disyaki memuat naik berita palsu dalam akaun Facebook mereka Ahad lalu.

“Seorang lagi adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berusia 24 tahun, yang ditahan pada jam 4.15 petang di Kuantan, Pahang, selepas didapati berkongsi kandungan palsu wabak 2019-nCOV di laman Twitter, kelmarin,” katanya.

Susulan tangkapan semua suspek itu, SKMM merampas empat telefon bimbit; lima kad sim; dua kad memori yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan palsu berkaitan 2019-nCov di media sosial.

Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, dalam kenyataan pagi tadi, SKMM berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di kediamannya di Bangi, pada jam 4 petang semalam, selepas disyaki menyebarkan berita palsu mengenai wabak coronavirus, 2019-nCov, dalam laman sosial Facebook miliknya, Ahad lalu.

“Kandungan yang dimuat naik mengenai wabak coronavirus itu didapati palsu. Turut dirampas daripada suspek ialah telefon bimbit dan kad sim yang digunakan untuk memuat naik kandungan terbabit,” katanya.

Secara keseluruhan kesemua yang ditahan berhubung kesalahan penyebaran berita palsu ini adalah seramai lima orang

Dalam kenyataan bersama kepada media, PDRM dan SKMM menegaskan mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita yang tidak sahih mengenai penularan 2019-nCoV di Malaysia. – BH Online

Tags: 2019-nCoVberita palsucoronavirusPDRMSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tengku Hassanal Bantu Mangsa Kemalangan Dalam Hujan

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post

Angka Korban Coronavirus Meningkat 170 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd