• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Warga China Sindiket Tipu Dalam Talian Dicekup

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis berjaya menumpaskan sindiket tipu dalam talian didalangi warga China selepas memberkas 23 suspek termasuk lima wanita di tiga unit kediaman di Empire City Damansara Perdana PJU 8, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat pemerhatian di sebuah rumah setelah menerima maklumat berhubung kegiatan jenayah tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki disyaki warganegara China di dalam rumah terbabit.

Katanya, keempat-empat suspek gagal mengemukakan butiran pengenalan diri setelah diminta.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam Op Nuri dijalankan polis menemui empat unit komputer riba dan empat telefon bimbit pelbagai jenama.

“Siasatan awal mendapati barangan terbabit digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan dalam talian,” katanya.

Mohd Zani berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki warga China di sebuah unit rumah lain di kawasan sama dan merampas 10 telefon bimbit serta empat komputer riba dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan pemerhatian lanjut di sebuah lagi unit rumah polis menahan 16 warga China termasuk lima wanita.

“Kesemua suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah.

“Di premis ini polis merampas 15 telefon bimbit dan lima komputer riba yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: penipuan atas talianpolisSindiket PenipuanWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd