• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Kes Koronavirus Sedang Disiasat

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif kes pesakit di bawah siasatan jangkitan (PUI) novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini sejak 10 Januari lalu hingga jam 12 tengah hari ini adalah 23 kes.

Daripada jumlah itu 14 adalah warga negara Malaysia, 8 (China) dan 1 (Jordan).

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya satu kes yang positif 2019-nCoV iaitu seorang lelaki warga China berusia 40 tahun.

Sementara itu, 18 kes PUI adalah negatif (12 warga Malaysia, 5 China dan 1 Jordan) dan telah discaj daripada hospital.

Manakala empat (4) lagi kes PUI ini (2 warga Malaysia dan 2 China) yang diasingkan di beberapa buah hospital dan keputusan makmal mereka akan diketahui dalam masa terdekat.

Sementara itu, daripada 8 orang warga China yang merupakan kontak langsung dengan kes positif 2019-nCoV pertama di Singapura, didapati 3 daripadanya adalah positif iaitu seorang wanita berusia 65 tahun dan dua orang kanak-kanak lelaki berusia 2 dan 11 tahun.

Lima kes yang negatif telah pun dihantar pulang ke China.

Sementara itu, 17 orang kontak rapat kes positif keempat diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka.

Dr. Noor Hisham menambah, kesemua empat kes positif dalam keadaan stabil dan sedang dipantau di dalam wad pengasingan di hospital-hospital KKM yang telah dikenalpasti sebagai hospital rujukan bagi 2019-nCoV.

Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit novel koronavirus.

Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes.

Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurang 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China, selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tambahnya, prosedur ini dilakukan bagi memastikan pencegahan penularan serta kawalan optima penyakit ini dapat dilaksanakan.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24(a) akta yang sama.

KKM telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan kes-kes yang disyaki serta kes yang disahkan bagi tindakan pengasingan dapat disempurnakan, demi menjaga ketenteraman dan kesihatan awam. 

Tags: 2019-nCoVChinanovel koronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Coronavirus: 2 Kanak-Kanak Warga China Dikuarantin

Next Post

Bill Gates Pernah Ramal Kemunculan Super Virus

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Bill Gates Pernah Ramal Kemunculan Super Virus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd