• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

176 Penumpang Pesawat Ukraine Disahkan Terkorban

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan kru pesawat Ukraine dilaporkan terkorban dalam kemalangan tidak lama selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan ibu negara Iran pada awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Perhubungan Awam di lapangan terbang itu, Ali Khashani berkata, pesawat Boeing 737-800 dikendalikan Ukraine International Airlines tersebut dalam perjalanan ke Kiev itu terhempas berhampiran kawasan Parand sebuah bandar di daerah Robat Karim.

“Pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi nahas. Kebakaran pesawat itu berjaya dikawal dan kakitangan kecemasan kini sedang mengeluarkan mayat mangsa penumpang,” kata jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh.

Sementara itu, agensi berita Fars melaporkan siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal.

Menurut data pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat 752 Ukraine International Airlines itu dijadualkan berlepas pada jam 5.15 pagi (waktu tempatan) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil.

Bagaimanapun, jadual penerbangan itu tertangguh selama hampir sejam dan hanya berlepas pada jam 6.12 pagi.

Rakaman video dikongsi agensi berita ISNA di Iran menunjukkan satu percikan berlaku sebelum bola api besar kelihatan tidak lama kemudian.

Insiden itu berlaku beberapa jam sebelum Iran melancarkan serangan balas dendam terhadap dua pangkalan tentera yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat di Iraq. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranpesawat ukraineserangan peluru berpandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd