• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Positif Dadah Dalam Tangkapan Polis Di Puchong

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 16 daripada 17 individu termasuk enam wanita, yang ditahan dalam serbuan polis terhadap sebuah kondominium dekat Puchong awal pagi tadi dikesan positif dadah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata serbuan terhadap lokasi terbabit dijalankan susulan maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian secara terbuka di situ.

Beliau berkata, susulan tangkapan yang dibuat, saringan awal kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah, manakala seorang lagi negatif.

“Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis menemui plastik lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin seberat 0.5 gram dan satu piring kaca yang turut mempunyai dadah jenis sama seberat 0.3 gram.

“Polis turut menemui sebatang rokok dibalut dengan daun kering dipercayai dadah jenis ganja dan beberapa daun terup dan cip dipercayai digunakan untuk permainan judi.

“Semua tangkapan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis, kecuali seorang warga asing.

“Polis sedang menunggu keputusan ujian saringan kencing kedua yang dijalankan, sebelum membuat sebarang pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, petang ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti semua 17 individu yang ditahan dalam serbuan itu kerana siasatan masih berjalan.

Abdul Hamid berkata, susulan ancaman dadah menular dalam segenap lapisan masyarakat, tumpuan kini diberikan untuk mengesan pengguna dadah dalam kalangan pegawai kerajaan.

Justeru, katanya, tindakan mengesan penjawat awam yang terbabit dalam kes dadah akan dipergiatkan. – BH Online

Tags: dadahPenjawat Awamperjudianserbuan polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd