• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid ‘Simpati’ Dengan Kerajaan PH Isu Abu Mayat Chin Peng

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ‘simpati’ kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu berkaitan abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Meskipun ‘bersimpati’ namun Ahmad Zahid menegaskan kerajaan telah diaibkan dengan kepulangan abu Chin Peng ke Malaysia.

Bahkan beliau turut menempelak kerajaan yang mengatakan ‘mereka tidak tahu-menahu, mereka tidak ada maklumat’ berkaitan isu tersebut.

“Saya bersimpati dengan kerajaan yang ada sekarang. Mereka telah diaibkan dengan abu mayat Chin Peng dibawa walaupun ketika kita memerintah, Jemaah Menteri ketika itu telah menolak abu mayat itu dibawa ke dalam negara.

“Tetapi ketika ini orang itu seolah-olah mahu didewakan malah mereka juga mahu menukar sejarah, mengangkat Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan.

“Sesungguhnya tindakan ini amat menghiris hati rakyat dan UMNO menolak, kita semua menolak apa dilakukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Daruk Seri Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, perasaan rakyat kini terhiris apabila abu Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.

“Perasaan balu tentera, polis dan homeguard yang terkorban masih terhiris. Itulah sebabnya Ahli Parlimen Barisan Nasional, PAS dan Bebas menolak apabila cadangan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis) dikemukakan kerajaan.

“Kerana kita mahu membela nasib polis kerana polis tidak ada warna politik. Mereka mahu keselamatan dijaga. Tentera mahu pertahanan negara dijaga,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiChin Pengpakatan harapanparti komunis malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd