• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Memang Jutawan Sebelum Sertai Kerajaan – Annuar

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan isu kenderaan membabitkan nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana Presiden UMNO itu adalah seorang jutawan sebelum menyertai kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, setahunya terdapat beberapa motosikal besar dan kenderaan pernah dihadiahkan oleh seorang sultan kepada Ahmad Zahid.

“Tidakkah sebelum menyertai kerajaan lebih 25 tahun dulu, beliau sudah pun ahli korporat dan multimilionaire?” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Twitter, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Syahredzan Johan yang menyenaraikan semula kenderaan mewah milik Ahmad Zahid.

Perkara itu ekoran keterangan seorang saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang semalam mendedahkan Ahmad Zahid membayar cukai jalan lebih RM35,000 setahun bagi kenderaan yang kebanyakannya mewah.

Saksi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu juga mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan mempunyai 18 kenderaan mewah yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnnuar Musa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd