• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ingatkan Wakil Rakyat Jangan Lagi Mainkan Isu Sensitif

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk memastikan tiada lagi isu sensitif membabitkan kaum dan agama dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang, khususnya daripada Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid juga berharap isu membabitkan kenyataan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mengaitkan abu di dahi RSN Rayer (PH-Jelutong) dengan abu mayat Chin Peng, berakhir dan tidak lagi berulang.

Beliau turut menegaskan kenyataan Tajuddin itu adalah pandangan peribadinya dan tidak berkait dengan UMNO atau BN.

“Saya prihatin terhadap sebarang isu sensitif membabitkan agama. Itu pandangan beliau sendiri dan harus diingat, beliau sudah menarik balik kenyataan itu.

“Seperti yang disebut Speaker, perkara itu sudah selesai dan saya harap mana-mana pihak menerima permohonan maaf itu dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

“Saya harap isu ini selesai dan Ketua Pembangkang mengingatkan Ahli Parlimen pembangkang terutama BN, jangan mainkan lagi isu sensitif dan menghormati hormat semua agama,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) kini adalah Ketua Pembangkang.

Ditanya sama ada hukuman penggantungan menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari cukup untuk menjadi pengajaran kepada Tajuddin, Ahmad Zahid memaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menerima tindakan berkenaan dengan baik.

“Penggantungan itu diterima dengan baik oleh Tajuddin. Saya fikir bukan hanya beliau, mana-mana Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan kena patuhi etika persidangan Dewan Rakyat,” katanya.

Semalam, isu abu mayat Chin Peng mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hingga Tajuddin dan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) diarah keluar dan digantung menghadiri persidangan selama dua hari, bermula semalam.

Dewan mula panas ketika Rayer mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, sama ada Kementerian Pendidikan bersetuju memasukkan tokoh politik PH seperti Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal singh dalam silibus Sejarah.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang kemudian menepuk meja sambil berkata `komunis! komunis! komunis’, sebelum Tajuddin mencelah bertanya Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng yang juga bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Ia menyebabkan Dewan kecoh dengan sejumlah Ahli Parlimen PH mendesak kenyataan itu ditarik balik, sebelum Tajuddin bersetuju menarik balik perkataan berhubung `abu mayat Chin Peng’ dengan syarat Rayer juga menarik balik tuduhan BN parti rasis. Rayer kemudian bersetuju berbuat demikian.

Isu `abu mayat Chin Peng’ kembali menghangatkan Dewan Rakyat apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) iaitu sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen, merujuk dakwaan Tajuddin bahawa Rayer menggunakan calit abu mayat Chin Peng.

Poay Tiong kemudian mencelah meminta Tajuddin dikenakan tindakan kerana kerap membangkitkan isu rasis dan menghina kaum, sebelum berperang mulut dengan Tajuddin, menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, mengarahkan kedua-dua mereka keluar dan digantung dua hari kerana tidak mendengar arahan dan mengganggu persidangan. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiBarisan Nasionalperkaumanwakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd