• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusoff Rawther Tiba Di Bukit Aman Jalani Ujian Poligraf

oleh
17/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther tiba di Bukit Aman pada jam 2.50 petang ini bagi menjalani ujian poligraf bagi membantu siasatan kes dakwaan perlakuan tidak senonoh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Muhammed Yusoff yang dilihat berbaju merah lengan pendek dan berseluar denim biru ditemani peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla menaiki kereta jenis Mercedes berwarna hitam.

Semalam, media melaporkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dengan adil dan telus, Muhammed Yusoff sedia menjalani ujian poligraf dalam kes berkenaan.

Mohamed Haniff dipetik berkata, anak guamnya itu sedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu arahan polis untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, media melaporkan ujian poligraf antara pilihan yang akan dipertimbangkan pegawai penyiasat polis dalam siasatan kes dakwaan Muhammed Yusoff terhadap Anwar.

Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff ditemani peguamnya hadir memberi keterangan di Bukit Aman selama lebih tujuh jam susulan akuan bersumpahnya.

Keesokan harinya, bekas penyelidik di pejabat PKR itu hadir kali kedua untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang mengendalikan kes itu.

Anwar pula hadir ke Bukit Aman pada Khamis lalu bagi memberikan keterangan. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff RawtherSerangan Seksualujian poligraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd