• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Hujan Lebat 4 Negeri Hingga Hari Ini

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat jingga iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Johor, Pahang dan Terengganu sehingga hari ini, manakala amaran sama di Sabah sehingga Rabu ini.

Hujan lebat dijangka melanda daerah Segamat; Kluang; Mersing; Kulai; dan Kota Tinggi di Johor, manakala Pahang di Jerantut; Maran; Kuantan; Bera; dan Rompin serta Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Hujan lebat Monsun Timur Laut itu menyebabkan sembilan daripada 10 daerah di Johor dilanda banjir, manakala dua daerah di Pahang iaitu Rompin dan Temerloh turut terjejas.

Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 9,435 orang daripada 2,258 keluarga dipindahkan di Johor dengan daerah terjejas ialah Muar; Mersing; Kota Tinggi; Kluang; Segamat; Pontian; Batu Pahat; Johor Bahru dan Kulai.

Di Pahang pula, hujan berlarutan sejak semalam, menyebabkan mangsa banjir di Rompin meningkat tengah hari tadi, kepada 1,055 orang daripada 271 keluarga berbanding 1,003 orang daripada 256 keluarga pagi semalam, manakala 19 orang di Temerloh dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, hujan lebat sehingga Rabu ini diramal melanda Keningau; Tambunan; Ranau; Kota Belud; Sandakan dan Kudat di Sabah.

Kriteria cuaca waspada atau jingga ialah hujan lebat berterusan (lebih enam jam) dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh itu.

Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.

Tags: amaran cuacahujan lebatMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imej X-Ray Telefon Bimbit Asli – Saksi

Next Post

Banjir: 200 Pengguna Jalan Raya Terperangkap 24 Jam

Related Posts

Monsun Barat Daya Punca Cuaca Kering, Panas Sehingga September Ini

Monsun Barat Daya Punca Cuaca Kering, Panas Sehingga September Ini

17/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengaruh Monsun Barat Daya sejak 10 Mei lalu mengakibatkan fenomena cuaca kering dan panas dengan bilangan hari tanpa...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Banjir: 200 Pengguna Jalan Raya Terperangkap 24 Jam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd