• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Kertas Bebas Unsur Lemak Babi

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak babi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.

“Wang RM1 dan RM5 ini guna polimer sebab ia lebih tahan 4 kali ganda berbanding wang kertas biasa. Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” katanya menjawab celahan Senator Sabani Mat pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, Bank Negara (BNM) mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan tiada sebarang unsur lemak haiwan dalam wang polimer.

Amiruddin berkata perkara tersebut juga telah dirujuk kepada majlis penasihat syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was.

Dewan Negara kemudian meluluskan RUU berkenaan.

Selain itu, turut diluluskan 6 lagi RUU bawah Kementerian Kewangan iaitu RUU Kewangan 2019; RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2019; RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2019; RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2019; RUU Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 dan RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (Pindaan) 2019.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata RUU Kewangan 2019 bertujuan meminda antaranya Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Kewangan 2018.

“Bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai, ia memerlukan pindaan akta-akta berkaitan,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

Tags: lemak babilemak khinzirWang kertas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Nafi Beliau VVIP Jumpa Azilah

Next Post

ASB Rendah Bukti Ekonomi Negara Teruk – Tok Mad

Related Posts

Wang Kertas Malaysia Ada Lemak Babi?

20/09/2019
0

BANGI - Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi...

Wang Kertas RM60 Tidak Ganti RM50

26/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50...

Next Post

ASB Rendah Bukti Ekonomi Negara Teruk - Tok Mad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd