• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Kertas RM60 Tidak Ganti RM50

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50 sedia ada akan digantikan dengan wang kertas peringatan RM60.

Wang kertas RM60 dikeluarkan pada 2017 oleh Bank Negara Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-60 pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Guan Eng memberi jaminan kepada orang ramai bahawa khabar angin itu adalah tidak berasas dan wang kertas RM50 boleh terus digunakan dengan yakin.

“Jadi, sila gunakannya dengan yakin. Sementara wang kertas RM60 adalah tender sah, saya nasihatkan anda untuk tidak gunakannya. Sebaliknya, simpan ia baik-baik kerana hanya terdapat 60,000 keping di luar sana,” katanya semasa merasmikan pelancaran WeChat Pay di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada wang kertas RM60 tambahan akan dikeluarkan dan secara perbandingan, terdapat lebih 900 juta keping wang kertas RM50 beredar dalam ekonomi pada tahun lepas.

Tags: RM50rm60Wang kertas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wang Kertas Bebas Unsur Lemak Babi

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak babi, kata Timbalan Menteri Kewangan,...

Wang Kertas Malaysia Ada Lemak Babi?

20/09/2019
0

BANGI - Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd