• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi 18: SPR Sedia Pindaan Peraturan

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang menyediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya menjangka semua perkara itu akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

“Jangkaan tarikh pelaksanaan tersebut adalah selewat-lewatnya pada Julai 2021. Selain itu, bagi menghadapi keperluan pengundi yang dijangka akan meningkat menjadi 22.7 juta pengundi, SPR sedang giat menjalankan urusan pengemaskinian daerah mengundi.

“Program ini akan menyelaras semua keperluan pusat-pusat mengundi tambahan termasuk dengan mewujudkan pusat mengundi alternatif di kawasan yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus dengan Parti-Parti Politik dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Mengenai program berkenaan, Azhar berkata ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan parti politik dan NGO terhadap isu-isu dan dasar baharu Kerajaan yang berkaitan dengan ketiga-tiga fungsi SPR.

“Seramai 28 orang yang mewakili 14 parti politik, manakala seramai 32 orang yang mewakili 14 NGO telah hadir memberikan cadangan dan pandangan mereka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan fungsi SPR iaitu pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan persempadanan,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata SPR turut menjelaskan tentang program atau aktiviti kempen pilihan raya di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memerlukan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Azhar berkata ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima akuan daripada mahkamah mengenai keputusan itu.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum lepas, dengan itu memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Tags: had umur mengundiSPRundi 18 tahun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd