Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Halau Lynas,...

FUKUOKA - Malaysia tidak boleh 'menghalau' Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi...

Lelaki Memandu Lawan Arus...

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melawan arus...

TPPA: Penyokong Pakatan Rancang...

KUALA LUMPUR - Selepas perhimpunan membantah TPPA di ibu negara semalam tidak mendapat...

Hari Malaysia: Meraikan Perpaduan...

KOTA KINABALU - Pada Sabtu ini, 16 Sept, rakyat Malaysia akan menyambut Hari...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Bumi Di Filipina

KUALA LUMPUR – Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas dalam gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Polomolok, Selatan Cotabato, Filipina, pada Ahad.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City di +63 82 221 4050 atau +63 936 968 4001.

“Kementerian ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Filipina, khususnya kepada mereka yang terjejas berikutan gempa bumi itu.

“Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan dengan Filipina dalam suasana yang mencabar ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu setakat ini meragut tiga nyawa dan jumlah yang cedera masih belum tidak diketahui.

Kategori