• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Dituduh Perdagang Pembantu Rumah Indonesia

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia sejak lapan tahun lalu.

V Chandru, 35 dan isterinya, J Jayamalar, 36 dituduh melakukan kesalahan itu di Hala Kledang Emas 11A, Taman Kledang Mas di sini sejak 2011 hingga Oktober tahun ini.

Chandru didakwa memperdagangkan warga Indonesia berusia 29 tahun yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi pengabdian dan dituduh mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Jayamalar pula didakwa melakukan eksploitasi pengabdian dengan cara penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan dan dituduh mengikut Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun, dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 13 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhli Ab Wahab di hadapan Hakim Azman Abu Hassan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Matthews Jude.

Sementara itu, Jayamalar turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumah berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh dan lokasi sama dan didakwa mengikut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu Mohd Fadhli memohon mahkamah supaya mengenakan jumlah ikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua tertuduh kerana ia adalah kes yang serius dan membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, Matthews memohon supaya mahkamah memberikan jaminan yang lebih rendah iaitu sebanyak RM7,000 kerana kedua-dua anak guamnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang ditahan dan bersedia memberikan aku janji untuk hadir pada setiap prosiding yang ditetapkan mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, dan mengarahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap dua minggu.

Mahkamah turut menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes. – BH Online

Tags: amah indonesiamemperdagangkanpembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd