• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Potong Elaun Menteri

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mempunyai pendapat tersendiri mengenai cadangan pemotongan elaun pemimpin utama termasuk di peringkat negeri sebagai tanda keprihatinan pemimpin terhadap rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, beliau secara peribadi tiada halangan sekiranya perkara itu dilaksanakan dan percaya pemimpin lain juga berpendapat sedemikian.

Menurutnya, sebarang keputusan dibuat kerajaan adalah demi kebaikan rakyat dan negara serta tanggungjawab pemimpin dalam mengurangkan beban rakyat.

“Tiada halangan dan tiada masalah. Saya setuju jika kerajaan mahu mengkaji semula dan mengurangkan elaun pemimpin termasuk ahli Parlimen dan menteri besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, elaun yang ditetapkan kerajaan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Menurutnya, pemotongan elaun sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama berkaitan ekonomi negara.

“Isunya kini adalah ekonomi dipandu dasar yang tidak jelas dengan pendirian yang selalu ‘u-turn’ dan sebagainya menyebabkan pelabur tidak yakin.

“Saya tidak nampak pemotongan elaun akan dapat menyelesaikan masalah ekonomi tapi saya tidaklah cakap saya tidak setuju (pemotongan elaun),” katanya.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini turut mencadangkan agar elaun Ahli Parlimen dan menteri besar turut dipotong berkata, kenaikan elaun yang diberikan kepada Ahli Parlimen adalah dua kali ganda.

“Jadi tidak salah untuk kita sebagai pemimpin bersetuju bagi memotong sedikit elaun yang diperoleh demi kebaikan bersama terutama rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ElaunGajiMenteriRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

Jangan Tunggu Rakyat Kembali Kepada UMNO, UMNO Yang Mesti Kembali Kepada Rakyat

30/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli parti itu supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd