• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siswa UMNO Bakal Ditubuhkan Di Semua Universiti

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siswa UMNO akan ditubuhkan di semua universiti sebagai platform baharu bagi mengukuhkan lagi sokongan terhadap parti itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu diambil susulan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik telah diluluskan baru-baru ini.

“Walaupun belum dirasmikan secara rasmi (Siwa UMNO), kehadiran mahasiswa yang ramai (ke Perhimpunan Agung UMNO 2019) mencerminkan mereka kekal dengan UMNO.

“Sebab itulah kita tubuhkan satu platform baharu yang akan kita gerakan di seluruh universiti dengan mengambil kira AUKU telah dipinda bagi membolehkan parti politik ditubuhkan di universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Tengah Hari Pemuda UMNO bersama Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, kehadiran ramai mahasiswa ke perhimpunan terbesar parti itu merupakan isyarat bahawa UMNO berada di landasan yang betul.

“Maka dengan itu Insya-ALLAH kita akan rasmikan Siswa UMNO waktu perhimpunan nanti,” katanya.

Dewan Rakyat tahun lalu melakar sejarah apabila pindaan terhadap AUKU 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik diluluskan dengan sebulat suara.

Pindaan akta tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Pindaan berkenaan membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus.

Pindaan itu sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiSiswa UMNOUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

Asyraf Wajdi Janji Derma Ganti Rugi RM5 Juta Andai Menang Saman Fitnah

25/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan...

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd