• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Sulit Anwar Lapor Polis Terhadap Yusoff Rawther

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shukri Saad membuat laporan polis terhadap Muhammed Yusoff Rawther berhubung dakwaan, kononnya Anwar melakukan gangguan seksual ke atasnya.

Shukri berkata, dakwaan itu merupakan satu fitnah yang direka dan diulang-ulang.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, tadi.

Shukri berkata, pihaknya akan mengkaji tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff.

“Kita akan kaji dan tengok tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Muhammed Yusoff,” katanya.

Menurutnya, Anwar pun sudah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

“Ia hanya satu benda remeh, kita nampak ada perancangan untuk menggagalkan proses peralihan kuasa yang sedang berlaku sekarang ini,” katanya.

Semalam media melaporkan, Muhammed Yusoff dalam pengakuan bersumpahnya mendakwa kononnya ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji, teruk, tersembunyi, tidak Islamik, berbahaya dan tidak bermoral terhadapnya. – Sinar Harian

Tags: Anwar Ibrahimgangguan seksualMuhammed Yusoff Rawther
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd