• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembunyi Syabu RM7 Juta Dalam Bungkusan Teh

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Taktik penyeludup dadah menggunakan bungkusan teh untuk mengaburi mata anggota penguat kuasa gagal apabila anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM7 juta.

Rampasan syabu seberat 100 kilogram itu dilakukan pada jam 8.30 malam apabila pacuan empat roda jenis Mitsubisi Triton yang dipandu suspek terbabas di simpang tiga Kampung Tasek Permai, Rantau Panjang.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Kamarulzaman Maarof berkata, bagaimanapun kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20-an melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran selepas kenderaan mereka terbabas.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang kenderaan menjumpai bungkusan yang mengandungi dadah jenis syabu di dalam kotak selain dokumen pengenalan diri milik salah seorang suspek.

“Siasatan awal mendapati dadah tersebut diseludup masuk ke negara ini menggunakan sampan melalui Sungai Golok,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamed Piah; Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kamarulzaman berkata, rampasan dadah itu merupakan kejayaan terbesar PGA Briged Tenggara bagi tahun ini.

Katanya, PGA akan terus melipat gandakan operasi dalam usaha mencegah aktiviti jenayah lintas sempadan. – Sinar Harian

Tags: PDRMpenyeludup dadahSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd