• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekretariat Tetap Bentuk Institusi Muafakat Nasional

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penubuhan sekretariat tetap Muafakat Nasional bakal menjadi permulaan positif kepada pembentukan institusi muafakat UMNO dan PAS secara rasmi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua parti itu telah bersetuju mewujudkan sekretariat tetap di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, sekretariat itu akan dikendalikan bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Setiausaha Agung (UMNO dan PAS) akan ada sekretariat tetap di PWTC (di Menara Dato Onn).

“Itu (penubuhan sekretariat tetap) adalah permulaan untuk ke arah memformalkan Muafakat Nasional,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar bertemakan ‘Muafakat Nasional Pemacu Politik Malaysia’ sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di PWTC di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penubuhan sekretariat itu bertujuan melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa pembantu dan jawatankuasa teknikal muafakat itu.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa supaya kepimpinan tertinggi UMNO segera menginstitusikan Muafakat Nasional.

Katanya, sudah tiba masa UMNO bergerak dari era Perikatan selama 21 tahun kepada era BN selama hampir 46 tahun dan kini berhijrah kepada Muafakat Nasional. – Sinar Harian

Tags: muafakat nasionalPerhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Penyatuan Melayu Islam Tidak Semestinya Guna Nama Muafakat Nasional”

“Penyatuan Melayu Islam Tidak Semestinya Guna Nama Muafakat Nasional”

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berpandangan penyatuan Melayu dan Islam tidak semestinya menggunakan nama...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd