• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.15 Juta Kekal Milik UMNO Kedah, Habib Jewels

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, menolak permohonan Kerajaan Malaysia untuk melucut hak wang berjumlah RM1.15 juta daripada Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Habib Jewels Sdn Bhd.

Sebelum ini wang berjumlah RM1.05 juta disita daripada UMNO Kedah dan RM100,000 milik Habib Jewel kerana didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati wang milik UMNO Kedah itu bukan hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

“Wang RM1.05 juta itu tidak boleh dikatakan sebahagian daripada wang RM15 juta yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 dan 2013.

“Bukti menunjukkan baki terakhir pada 30 Jun 2013 hanya sebanyak RM1.4 juta dan permohonan melucut hak membabitkan baki dalam akaun semasa responden (UMNO Kedah) yang disita pada Jun 2018 berjumlah RM1,054,019.22,” katanya.

Menurutnya, wang yang didakwa daripada Najib sudah tiada dalam akaun terbabit dan bakinya pula hanya sebanyak RM58,000 pada 1 Januari 2017.

Manakala bagi wang membabit Habib Jewels, Mohd Nazlan memutuskan bahawa pembayaran diterima entiti itu dibuat melalui pembelian yang dilakukan dengan niat baik dalam maksud perniagaan biasa.

Kerajaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai manakala UMNO Kedai diwakili peguam G Nadarajah dan peguam Khoo GUan Huat mewakili Habib Jewels. – myMetro Online

Tags: 1MDBhabib jewelsUMNO Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd