Sample Page Title

SEMPENA ambang tahun baru 2020 esok, waktu perkhidmatan rangkaian rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan sehingga 1.30 pagi Rabu bagi memenuhi keperluan warga kota yang akan menyertai sambutan itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan, lanjutan perkhidmatan itu akan membabitkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

Bagi perkhidmatan LRT, stesen yang terbabit untuk Laluan Kelana Jaya adalah USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park manakala untuk Laluan Ampang/Sri Petaling, stesen yang dilanjutkan waktu perkhidmatan adalah Bandaraya dan Masjid Jamek.

Sementara MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang akan membabitkan stesen Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri dan Mutiara Damansara, Laluan Monorel Kuala Lumpur membabitkan stesen Bukit Bintang dan BRT Laluan Sunway membabitkan stesen Sunway Lagoon.

Stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Manakala bagi perkhidmatan bas, bas Rapid KL yang turut melanjutkan waktu perkhidmatan membabitkan laluan 173, 180, 220, 300, 450, 600, 640, 751 dan 772.

Bas Perantara MRT pula membabitkan laluan T802 dan T803 (gabung), T101 dan T105 (gabung), T102, T103 dan T460 selain Laluan BRT-Sunway membabitkan stesen Sunway Lagoon.


Walau bagaimanapun, terdapat enam stesen bagi Laluan Sunway – BRT yang akan dilanjutkan sehingga 1 pagi iaitu USJ 7, South Quay, SunU-Monash, Sun Med, Mentari dan Sunway Setia Jaya.

Rapid KL menyarankan warga kota supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam esok bagi mengelak kesesakan lalu lintas terutama berdekatan kawasan yang terbabit dalam penganjuran acara dan pertunjukan menyambut ambang Tahun Baru.

Orang ramai juga dinasihatkan menyambut ambang 2020 secara berhemah dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang menghadiri sambutan.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan petugas stesen atau mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web www.myrapid.com.my

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...