• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Kimanis Akan Diteruskan – SPR

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah akan diteruskan meskipun ada ura-ura bekas penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman memfailkan semakan kehakiman berhubung keputusan mahkamah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana pihaknya masih belum menerima apa-apa perintah pergantungan prosedur daripada mana-mana pihak.

“Setakat ini, tiada perintah pergantungan, jadi PRK Parlimen Kimanis diteruskan,” katanya.

Menurutnya, sesuatu keputusan yang diputuskan oleh mahkamah adalah sah dan perlu dilaksanakan.

“Mengikut perlembagaan, kita ada 60 hari dari tarikh 10 Disember untuk mengisi kekosongan itu.

“Kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh yang akan berakhir 7 Februari,” katanya kepada pemberita selepas sidang media PRK Kimanis di sini hari ini.

Terdahulu, SPR mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Kimanis ditetapkan pada 18 Januari 2020.

Pada 9 Disember lalu, Peguam Anifah, Tengku Ahmad Fuad dilapor berkata, anak guamnya dijangka akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya di Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sah.

PRK Kimanis diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya sekali gus membenarkan petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Warisan, Datuk Karim Bujang.

Pada PRU lalu, Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Jaafar Ismail memperoleh 1,300 undi.

Tags: Parlimen KimanisPRK KimanisSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd