• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlu Rakam Percakapan Azilah

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis perlu merakam percakapan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri bagi membolehkan Akuan Bersumpah (SD) yang antara lain mendakwa Datuk Seri Najib razak mengarahkannya membunuh dan melupuskan mayat Altantuya Shaaribu dijadikan sebagai bukti baharu.

Siasatan dan rakaman oleh pihak polis juga adalah penting bagi memastikan kesahihan akuan berkenaan.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd Moin menegaskan siasatan perlu dijalankan dengan telus kerana kredibiliti pihak polis akan dinilai.

“Sekiranya siasatan menunjukkan ada bukti kukuh, pihak Pejabat Peguam Negara akan memberi sokongan penuh dan kebenaran untuk semakan semula kes dilakukan seperti yang dipohon oleh peguam J Kuldeep Kumar, yang mewakili Azilah.

“Namun jika sebaliknya, pihak polis dan Peguam Negara juga harus menyatakan bahawa Akuan Bersumpah itu adalah tidak berasas dan tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap Azilah,” katanya.

Fahmi turut mengingatkan bahawa masyarakat tidak boleh menerima isi kandungan akuan bersumpah itu sebagai sah sebelum siasatan rapi dijalankan.

“Secara asasnya, SD adalah instrumen bertulis yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan termaktub dalam Akta Akuan Berkanun 1960 apabila seseorang ingin menyatakan fakta.

“Bagaimanapun, apa sahaja fakta atau akuan yang terkandung dalam SD tidak boleh diterima secara sah kerana kebenaran fakta hanya diketahui oleh individu yang membuat akaun berkenaan,” katanya. – BH Online

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadrikes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd