• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sudah Tunai 3 Daripada 4 Janji Berkait PTPTN

oleh
26/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak gagal dalam melaksanakan janji manifestonya berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya 3 daripada 4 janji yang terkandung dalam Buku Harapan telah dilaksanakan, kata pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

“(Dalam manifesto PH) ada 4 janji. Pertama, pelajar yang cemerlang diberikan pelupusan pinjaman sekiranya mereka datang daripada keluarga B40 dan M40, ini telah dilaksanakan. Kedua, sekatan imigresen akan dihapuskan, ini pun sudah dilaksanakan dalam masa sebulan dua ketika kita masuk pejabat.

“Janji ketiga ialah anak muda yang tidak mampu bayar (maka) majikannya (akan) diberi insentif untuk bantu bayar dan ini juga telah dilaksanakan bermula tahun ini. Majikan yang membantu bayar balik pinjaman pekerja mereka akan diberi pelepasan cukai,” katanya dalam program bual bicara ‘Bicara Politikonomi’ yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Rabu malam.

Tambahnya, cuma satu janji yang belum dapat dilaksanakan iaitu penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Wan Saiful berkata, janji tersebut sedang diusahakan pihaknya dan perkara tersebut akan mengambil sedikit masa untuk ditunaikan.

“Jadi dari segi janji sebenarnya daripada 4 janji, 3 telah dilaksanakan dalam masa setahun setengah (PH memerintah), kira-kira 75% dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pegawai kita,” tambahnya.

Ketika mengulas mengenai peminjam yang mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman mereka, Wan Saiful berkata, pihaknya sedang menjalankan satu kajian mendalam bagi mengenal pasti punca perkara itu terjadi.

“Selama ini tidak pernah ada satu kajian yang mendalam, terdapat terlalu banyak andaian yang kita dengar (termasuk) dari segi sikap dan ada yang kata peminjam tidak mampu (bayar balik).

“(Oleh itu) kita dah mulakan (kajian), bila kita dah tahu punca baru boleh kita cadangkan penyelesaian. Kita kena tunggu keputusan (kajian) itu yang sedang dijalankan,” katanya.

Masalah membuat bayaran balik PTPTN sememangnya sering dibangkitkan sebelum ini dengan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada bulan lalu mendedahkan bahawa seramai 375,925 peminjam PTPTN tidak pernah membayar balik pinjaman mereka.

Tags: Manifesto PHpakatan harapanPTPTNWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd