Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Bayi Berusia 42 Hari...

SEORANG bayi perempuan berusia 42 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu badan...

Gerakan Nasihat Anjur Bersih...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan menasihati supaya demonstrasi jalanan Bersih 5 yang dirancang...

Kempen BN Di Langkawi...

LANGKAWI - Kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di...

Pos Malaysia Lancarkan Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan siri setem...

Pengurusan Lama Tak Cekap Punca Dividen ASB Rendah – Azmin

KUALA LUMPUR – Ketidaktentuan pasaran dunia dan ketidakcekapan tadbir urus pengurusan terdahulu merupakan antara punca agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 iaitu antara kadar terendah sejak dana itu diperkenalkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PNB kini sedang berusaha untuk memastikan pemegang dana mendapat pulangan terbaik walaupun syarikat itu kehilangan RM9 bilion iaitu merupakan satu jumlah yang besar.

“Yang penting sekarang adalah untuk memastikan PNB dikendalikan dengan tadbir urus terbaik dan ketelusan supaya syarikat ini terus berdaya saing dan maju pada masa hadapan.

“Saya yakin pengurusan baharu PNB berusaha untuk memastikan tadbir urus yang baik dan akauntabiliti dalam mengendalikan syarikat berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menjadi panelis Sesi Planeri dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.


Jumlah pembayaran pengagihan berjumlah RM9.0 bilion itu akan memanfaatkan 10 juta pemegang unit yang memiliki 167.2 bilion unit dalam ASB.

Namun keputusan itu telah menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan yang didakwa gagal menguruskan ekonomi negara. – Sinar Harian

Kategori