• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi SPR Nafi Bincang Kes Rafizi Dengan Peguam Negara

oleh
08/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini menafikan membincangkan kes Rafizi Ramli membabitkan National Feedlot Corporation (NFC) dengan Peguam Negara, Tommy Thomas atau mana-mana pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ini berikutan laporan portal theedgemarkets.com yang memetik Tommy sebagai berkata beliau membuat keputusan untuk tidak memfailkan rayuan dalam kes tersebut setelah berbincang dengan Azhar.

Tommy dilaporkan membuat kenyataan tersebut berikutan laporan bahawa AGC memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Rafizi di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan akaun bank membabitkan NFC.

Dalam satu kenyataan Azhar berkata, beliau tidak membincangkan perkara itu dengan peguam negara atau mana-mana pegawai AGC yang mempengaruhi keputusan Tommy berhubung rayuan tersebut atau keputusannya untuk mengambil tindakan ke atas pegawai beliau kerana memfailkan rayuan itu.

“Selain itu, adalah mustahil bagi saya berbuat demikian kerana pada masa itu, iaitu 6 Disember 2019, saya bergegas balik ke rumah untuk mengurus 2 anak saya yang didapati diserang demam dengue.

“Saya berada di sebuah hospital swasta mengurus kemasukan mereka dari kira-kira pukul 7.30 malam pada hari itu hingga pukul 1 pagi esoknya.”

Tommy sebelum ini berkata, beliau akan menarik balik rayuan tersebut berikutan kritikan yang dibuat, termasuk daripada Rafizi, yang berharap peguam negara akan bertindak terhadap keluarga bekas seorang menteri yang terlibat dalam kes NFC.

Azhar berkata, satu-satunya kes beliau berbincang dengan Tommy adalah yang membabitkan naib presiden PKR, Tian Chua kerana ia melibatkan SPR secara langsung.

“Atas kapasiti rasmi, saya meminta nasihat Tommy sama ada mahu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes itu atau sebaliknya.”

Azhar berkata, beliau merupakan penyokong kuat doktrin pemisahan kuasa.

“Rekod akan menunjukkan bahawa saya sangat tegas berhubung doktrin ini, sekali gus memberi jaminan kepada orang awam bahawa saya tidak akan campur tangan atau masuk campur dalam urusan mana-mana institusi dan agensi kerajaan yang tidak ada kaitan dengan saya, apatah lagi terlibat dalam pembuatan keputusannya.”

Dalam perkembangan sama, setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, peguam negara hendaklah bertindak mengikut undang-undang dan tidak mengamalkan pendakwaan terpilih.

Beliau berkata, PAS hairan apabila peguam negara mahu menarik balik rayuan yang dibuat oleh pegawai beliau dalam kes Rafizi sedangkan ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) jabatan itu.

“PAS hairan apabila peguam negara merasa terkejut setelah mengetahui pegawai di Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan (mahkamah) berkenaan sedangkan ia adalah prosedur operasi standard (SOP) jabatan tersebut.

“Perkara ini turut disahkan oleh bekas peguam negara, Apandi Ali,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin berkata, lebih menghairankan ialah apabila peguam negara dipetik sebagai berkata bahawa beliau membincangkan perkara itu dengan pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, sedangkan kes Rafizi itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya maupun SPR.

“PAS menuntut penjelasan peguam negara mengenai perkara ini,” katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam baru-baru ini menerima rayuan yang difailkan oleh AGC terhadap keputusan membebaskan Rafizi yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Tommy mendakwa beliau mengarahkan pegawainya tidak membuat rayuan tersebut dan berkata akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit yang melanggar arahan. – FMT

Tags: Azhar Azizan HarunNFCRafizi RamliSPRTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Ampun Tuanku, Patik Kurang Setuju…”

Next Post

Pembahas Tidak Berkualiti, Memalukan – Azmin

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Pembahas Tidak Berkualiti, Memalukan - Azmin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd