• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Islam Hadir Di Sidang Kemuncak KL

oleh
19/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pemimpin dan perwakilan Islam berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur hari ini untuk majlis pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019.

Pemimpin yang tiba di persidangan empat hari itu termasuk Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Sidang kemuncak itu yang bertujuan menangani isu umat Islam dan mencari penyelesaian berkesan, bermula semalam dengan jamuan makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di hotel terkemuka di sini, berhampiran KLCC.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual menyampaikan titah diraja, manakala Dr. Mahathir yang juga Pengerusi sidang kemuncak berkenaan akan menyampaikan ucapan aluan pada majlis pembukaan itu.

Kira-kira 450 perwakilan termasuk pemimpin, pemikir, intelektual, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan dari 56 negara menghadiri sidang kemuncak bertemakan ‘Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara’.

Perbincangan akan menumpukan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan kedaulatan negara; integriti dan tadbir urus yang baik; budaya dan identiti; keadilan dan kebebasan; keamanan, keselamatan dan pertahanan; perdagangan dan pelaburan; serta teknologi dan tadbir urus internet.

Tags: pemimpin islamsidang kemuncak KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Islam Tak Sepakat Kenakan Sekatan Ekonomi Terhadap Israel

Pemimpin Islam Tak Sepakat Kenakan Sekatan Ekonomi Terhadap Israel

12/11/2023
0

RIYADH : Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi enggan meluluskan sebarang tindakan ekonomi dan...

Arab Saudi Lancar Kempen Burukkan Sidang Kemuncak KL

02/03/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen media untuk memburukkan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu yang dihadiri pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd