Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Zika Sukar Dibendung Jika...

IPOH - Penularan virus Zika di Malaysia sukar dibendung disebabkan sikap rakyat yang...

Penyusutan Nilai Ringgit Tidak...

KUALA LUMPUR - Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang dolar Amerika dan dolar...

Suami Isteri Ditahan Kerana...

Ampang Jaya : Pasangan suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra...

Isu Judi: Beberapa OCPD...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ketua Polis Daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan...

Pemimpin Islam Tak Sepakat Kenakan Sekatan Ekonomi Terhadap Israel

RIYADH : Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi enggan meluluskan sebarang tindakan ekonomi dan politik susulan serangannya ke atas Hamas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hasil Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh menonjolkan perpecahan serantau dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain.

Deklarasi yang dimuktamadkan semalam menolak dakwaan Israel yang terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri dan menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi yang tegas dan mengikat untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Mereka juga menggesa penjualan senjata kepada Israel dihentikan, dan menolak sebarang penyelesaian politik masa depan terhadap konflik yang akan memisahkan Gaza daripada Tebing Barat yang diduduki Israel.


Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman melalui sidang kemuncak itu menegaskan beliau berpegang kepada prinsip pihak berkuasa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Sebelum tercetusnya perang di antara Israel-Palestin, Putera Mohammed Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi mempertimbang untuk menjalin hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak hubungan kedua-dua negara dipulihkan Mac lalu berkata, negara Islam harus mengisytiharkan tentera Israel sebagai organisasi pengganas terhadap tindakannya di Gaza.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori