• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Bersorak RUU IPCMC Ditangguh Untuk Kali Ke-2

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang bersorak selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong meminta bacaan kali kedua dan ketiga dua Rang Undang-Undang (RUU) termasuk IPCMC yang mencetuskan kontroversi sebelum ini ditangguhkan ke sesi persidangan akan datang.

RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 bagi mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri tidak dibahaskan pada persidangan kali ini yang akan berakhir Khamis ini.

Datuk Dr. Shamsul Anur Nasarah (BN-Lenggong) kemudian bangun dan menegaskan: “Tak berani la tu, kita nak menteri sendiri jawab selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kecoh apabila Viu Keong sekali lagi bangun untuk memohon bacaan kali kedua dan ketiga IPCMC ditangguhkan ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sejurus permohonan itu dibacakan, beberapa Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Arau), bangun serta bersorak ‘hidup polis’.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) turut bersorak ‘hidup Tan Sri Ismail Che Ros (Presiden Persatuan Pesara Pegawai Polis Kanan)’, diselangi sorakan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak): “ya, kita menang.”

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kemudian turut bersorak: “Satu lagi kejayaan, akhirnya kerajaan menyerah kalah. Hidup polis,” katanya.

Susulan penangguhan itu, Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan usul daripada Ramkarpal (PH-Bukit Gelugor) untuk meminda IPCMC, ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang kerana ia berkaitan.

Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kemudian bangun dan mencelah: “Senang tarik balik saja (IPCMC), tak payah bentang,” katanya. – BH Online

Tags: Dewan RakyatpembangkangpolisRUU IPCMC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd