• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Akan Keluar BN, Muafakat Nasional – Hadi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional.” Itu reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulas berhubung masa depan PAS bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional pada sesi Pidato: Bicara Ini Demi Perpaduan di Dewan Karangkraf malam ini.

Abdul Hadi berkata, banyak titik persamaan yang boleh ditemui bersama BN dan Muafakat Nasional selain masing-masing banyak belajar antara satu sama lain.

Malah menurut Abdul Hadi, pengalaman menjadi pembangkang termasuk pengalaman BN menjadi kerajaan suatu ketika dahulu boleh digunakan dalam konteks Muafakat Nasional itu sendiri.

“Kita belajar jadi pembangkang, pernah jadi kerajaan sekejap. BN pula dah lama jadi kerajaan dan kini jadi pembangkang.

“Jadi perkara ini kita lihat seimbanglah,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, Pas menonjolkan kewibawaannya menerusi pelbagai pendekatan.

Katanya, antara pendekatan berkenaan adalah tahaluf iaitu pendekatan bersama bukan Islam dan tawaun bersama orang Islam itu sendiri.

“Semua pendekatan nak perkenalkan Islam kepada bukan Islam. Asalkan semua pendekatan itu jangan sentuh dasar parti.

“Dulu kita tinggalkan BN kerana ada pertembungan ideologi, Semangat 46 dulu, Barisan Alternatif kerana kita sebut Islam tak boleh, sebab itu kita berpisah.

“Insya-ALLAH, kita tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional kerana banyak titik persamaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangBarisan Nasionalmuafakat nasionalPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd