• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPMKKA Bantu Perkara Dasar, Penguatkuasaan Keselamatan

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan Majlis Perundingan Mengenai Keselamatan dan Ketenteraman Awam (MPMKKA), yang berperanan memberi pandangan kepada kementerian, dalam merencanakan polisi serta perkara berkaitan penguatkuasaan keselamatan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata nasihat dan idea dari pakar, serta golongan berpengalaman yang menganggotai majlis itu adalah penting, dalam usaha memantapkan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi keselamatan di bawahnya.

Penubuhan MPMKKA yang dijangka beroperasi tahun hadapan itu, diyakini mampu memperkasa pendekatan dan tindakan yang diambil KDN, dalam melaksanakan sesuatu dasar atau penguatkuasaan undang-undang, yang mempunyai kesan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Langkah itu juga dilihat sebagai antara strategi dan langkah KDN, dalam mendokong aspirasi menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara berdaulat, aman, makmur dan dihormati di persada dunia, sebagaimana digariskan dalam Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA).

“Yang penting langkah ini kita ambil, saya usulkan dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan tahun depan.

“Saya sendiri akan bertindak selaku pengerusi MPMKKA, bagi memastikan platform ini berfungsi dan berperanan seperti yang dimahukan,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, MPMKKA akan dianggotai 40 ahli daripada pelbagai latar belakang, membabitkan orang awam, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan serta ahli akademik, dengan kepakaran tertentu.

Memainkan peranan sebagai ‘penghubung suara rakyat dan penasihat’, khususnya dari sudut penguatkuasaan agensi di bawah KDN, penubuhan MPMKKA adalah sejajar dengan iltizam kementerian, menjadikan perundingan sebagai antara pendekatan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Selain merapatkan hubungan antara KDN dan masyarakat, Muhyiddin berkata majlis itu juga berperanan mengumpul maklum balas orang ramai, berkenaan soal penguatkuasaan keselamatan yang mungkin perlu ditambah baik atau pendekatan yang digunakan, tidak sesuai sebagaimana digariskan di dalam DKKA.

Menurutnya pandangan yang dikemukakan MPMKKA akan dijadikan input, sewaktu menimbangkan sebarang langkah atau keputusan berkaitan pelaksanaan sesuatu dasar, seperti keperluan meminda sesuatu undang-undang atau pendekatan yang difikirkan tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Persetujuan untuk penubuhan MPMKKA juga dilihat sebagai manifestasi komitmen kerajaan, dalam meningkatkan lagi kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh, ke arah mewujudkan kementerian yang berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

Tags: KDNMPMKKApenguatkuasaan keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd