• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Masuk Anak Azmin Dalam Saman Bil Pelancongan

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Agensi pelancongan yang menyaman Mohamed Azmin Ali atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000, memohon supaya 4 orang anak menteri hal ehwal ekonomi itu turut dimasukkan dalam saman berkenaan.

Peguam Adam Yap, yang mewakili YHA Travel & Tours, berkata permohonan untuk meminda tuntutan mahkamah itu akan difailkan minggu ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani menetapkan 23 Januari untuk perbicaraan sementara menunggu permohonan syarikat itu.

Azmin memfailkan tuntutan balas di mahkamah pada 13 Disember, menafikan liabiliti ke atas akaun 4 orang anaknya iaitu Farah Afifah, Farah Amira, Farah Shazliyana dan Mohamed Ameer Shazrin.

Beliau berkata keempat-empat anaknya, yang semuanya sudah dewasa, bersedia membayar jumlah yang tertunggak kepada YHA Travel & Tours.

Beliau bagaimanapun menerima liabiliti ke atas akaunnya dan akaun 2 orang anaknya yang masih di bawah umur.

YHA Travel & Tours menyaman Azmin bulan lalu, menuduh beliau gagal membayar RM328,901 bil pelancongan untuk dirinya dan keluarganya walaupun diminta berulang kali.

Azmin memfailkan tuntutan balas, mengatakan pemilik agensi itu terlibat dalam konspirasi terhadapnya berhubung kontroversi video seks sejenis awal tahun ini.

Beliau mendakwa pemiliknya, yang merupakan pasangan suami isteri, “mempunyai hubungan yang rapat” dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim dan anak pasangan itu, Muhammad Haziq Hassan serta pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, sebelum ini ditangkap polis untuk membantu siasatan konspirasi jenayah dalam penyebaran klip video seks sejenis. – FMT

Tags: bil pelanconganMohamed Azmin AliYHA Travel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Infografik Palsu Fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang

Next Post

DAP Kecewa Polis Halang Persidangan Dong Zong

Related Posts

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

30/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10...

Pejuang Nafi Jemputan Sidang Akhbar Penyertaan Azmin

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Parti yang masih dalam proses pendaftaran, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menafikan jemputan sidang akhbar berhubung penyertaan...

Next Post

DAP Kecewa Polis Halang Persidangan Dong Zong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd