• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Gagal Batal Saman 10 Pengundi Gombak

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi di kawasan parlimennya, Gombak.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Akhtar Tahir menerusi prosiding yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Hakim Akhtar juga tidak membenarkan permohonan 10 pengundi tersebut untuk menyingkirkan sebahagian daripada Pernyataan Pembelaan Azmin terhadap saman mereka.

Peguam yang mewakili 10 pengundi Gombak berkenaan, N Yohendra berkata, hakim juga telah menolak permohonan pembatalan oleh Azmin Ali dan juga permohonan kami dengan kos dalam kausa.

“Ini bermaksud kita harus menjalani perbicaraan. Tarikh perbicaraan adalah 7 hingga 10 Jun 2022 manakala tarikh pengurusan kes untuk mematuhi perintah itu adalah pada 7 April 2022,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Peguam itu menambah Akhtar turut memutuskan bahawa saman itu melibatkan isu yang tidak boleh diselesaikan dengan permohonan pembatalan, oleh itu perkara tersebut harus melalui perbicaraan penuh.

Pada 27 November lalu, 10 pengundi di Gombak memfailkan saman terhadap Azmin atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, Februari tahun lalu.

Kewajipan fidusiari merujuk kepada hubungan antara pemegang amanah dan penerima manfaat (benefisiari).

Plaintif mendakwa Azmin telah melanggar kepercayaan mereka dengan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam ‘Langkah Sheraton’ sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH, walaupun bekas Menteri Besar Selangor itu berkempen dan memenangi kerusi Parlimen Gombak atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)/ PH.

Azmin berusaha membatalkan saman berkenaan kerana mendakwa tindakan itu melanggar hak asasinya untuk berpersatuan di bawah Perlembagaan Persekutuan. – Sinar Harian

Tags: Ahli Parlimen GombakMohamed Azmin Alipengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengundi Mahu Tahu Mengapa Beras Mahal, Subsidi Dipotong, Kos Haji Meningkat – Muralitharan

Pengundi Mahu Tahu Mengapa Beras Mahal, Subsidi Dipotong, Kos Haji Meningkat – Muralitharan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran berpandangan pengundi di Negeri Sembilan tidak lagi berminat dengan isu-isu lama, sebaliknya...

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd