• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Setuju Sertai Muafakat Nasional Jika Diinstitusikan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC menyatakan kesediaannya untuk bersama di bawah institusi Muafakat Nasional sekiranya perkara itu direalisasikan.

Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, konsep kerjasama yang dibentuk melalui Muafakat Nasional perlu dilaksanakan secara bersistem bagi mengelakkan berlaku percanggahan.

“Saya tidak fikir kerajaan akan membenarkan penubuhan institusi ini. Saya tidak fikir Muafakat Nasional boleh didaftarkan menjadi institusi, kalau boleh baguslah.

“Pada pendapat saya, Pemuda UMNO menegaskan bahawa dalam permuafakatan nasional ini tolong masukkan MCA dan MIC dalam percaturan dan sebagainya..saya mengalu-alukan.

“Kalau kita betul-betul telus nak bekerjasama kena ada permuafakatan dengan bersistem tidak bolehlah kita janji apa semua, esok BN menang PAS dipinggirkan, tidak boleh. Ataupun PAS pinggirkan kita (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar Muafakat Nasional iaitu gagasan kerjasama di antara parti itu dan PAS segera diangkat menjadi sebuah institusi seperti Barisan Nasional (BN) yang dianggotai pelbagai parti.

Beliau turut meminta kepimpinan tertinggi parti menjadikan Muafakat Nasional bukan hanya dianggotai UMNO dan PAS, tetapi juga komponen BN seperti MCA dan MIC. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMICmuafakat nasional
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd