• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Kekal Presiden Amanah

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2019-2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan parti tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga kekal menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Meskipun tidak bertanding dalam konvensyen kali ini, Senator Datuk Husam Musa pula dilantik menjadi Naib Presiden selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud.

“Ahli mesyuarat pimpinan Amanah Nasional yang bersidang pada 10 Disember 2019 sebulat suara memilih dua naib presiden lantikan dan penjawat utama bagi setiap portfolio jawatankuasa Amanah yang lain.

“Mereka akan mula bertugas berkuat kuasa 11 Disember 2019 sehingga Konvensyen Amanah Nasional kali ke-6 yang dijangka diadakan pada tahun 2022 nanti,” memetik kenyataan tersebut.

Tiga lagi Naib Presiden ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunos.

Datuk Seri Ahmad Awang pula kekal sebagai Penasihat Umum dan Datuk Wira Abdul Ghani Samsuddin memegang jawatan Timbalan Penasihat Umum.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad pula kekal memegang jawatan Pengarah Komunikasi Amanah.

Di KOTA BHARU, Husam menerima kehendak parti yang masih mahu dirinya memegang jawatan Naib Presiden Amanah walaupun tidak bertanding pada Jumaat lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berkata, beliau bersetuju sekali lagi dilantik sebagai Naib Presiden parti bagi penggal 2019 hingga 2022.

“Saya terima (jawatan) Naib Presiden dan berterima kasih atas lantikan tersebut,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Mengikut Fasal 16.1(c), Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional (AJKPN) yang hadir dalam mesyuarat.

Berdasarkan Fasal 16.1(c) pula, Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti AJKPN yang hadir dalam mesyuarat. – Sinar Harian

Tags: Mohamad SabuParti Amanah Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd