• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Elaun: Penjawat Awam Bertambah Malang

oleh
25/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan kerajaan menimbulkan rasa gusar kepada ramai pihak.

Antaranya ialah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.

Menurut hantaran Facebook Suara Penjawat Awam, penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan 20 Disember 2019.

“Satu lagi elaun yang dimansuhkan, berkuatkuasa bagi lantikan baharu penjawat awam bermula 1 Januari 2020: Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

“Elaun ini bermula pada tahun 1992, diberi khusus untuk penjawat dalam bidang kritikal seperti bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang dan lain lain.

“Apakah alasan kerajaan memansuhkan elaun ini? Alasannya, jawatan-jawatan kritikal ini sudah tidak lagi menepati ciri-ciri asal elaun iaitu untuk menambah kekurangan tenaga kerja dalam bidang tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, ia bercanggah dengan laporan semasa dan sebagai contoh, bulan lepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melaporkan negara mengalami masalah kekurangan kakitangan hospital yang sangat serius.

“Kementerian Kesihatan turut memohon pertambahan 10,000 jawatan untuk kakitangan hospital khususnya jururawat, pegawai perubatan, farmasi dan pergigian,” katanya.

Apa pun alasan kerajaan, kata admin FB itu, sebab sebenar yang sudah diketahui rakyat ialah, duit kerajaan semakin susut kerana Pakatan Harapan sangat lemah mentadbir ekonomi negara dan sejak dulu lagi PH benci kepada penjawat awam.

Lampiran: Senarai skim jawatan yang menerima BIPK

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara
2. Pembantu Perubatan
3. Pembantu Teknik Kapal Terbang
4. Penerbit Rancangan
5. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
6. Arkitek
7. Arkitek Laut
8. Jururawat
9. Jurutera
10. Jurutera Laut
11. Juruterbang/ Pemeriksaan Juruterbang
12. Juruukur Bahan
13. Malim
14. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA)
15. Pegawai Farmasi
16. Pegawai Laut
17. Pegawai Penyelidikan
18. Pegawai Pergigian
19. Pegawai Perikanan (kejuruteraan)
20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(kejuruteraan)
21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Kejuruteraan)
22. Pegawai Pertanian (kejuruteraan)
23. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan)
24. Pegawai Perubatan
25. Pegawai Undang-undang
26. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
27. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional
28. Pemeriksa Kapal Terbang
29. Pemeriksa Kilang Dan Jentera
30. Pengajar (kejururawatan)
31. Penjaga Jentera Elektrik
32. Penolong Jurutera Laut
33. Penolong Pegawai Laut
34. Penolong Pemeriksaan Kilang Dan Jentera
35. Pensyarah Perubatan
36. Pensyarah Pergigian
37. Pensyarah UiTM (kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).
38. Pensyarah Universiti (kejuruteraan, perundangan kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).

Sumber:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2019
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007. – MalaysiaGazette

Tags: Elaunpakatan harapanPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd