• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mahu Sabah, Sarawak Pertimbang Miliki Saham Petronas

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang kedudukan Petronas sebagai syarikat minyak dunia semasa mengkaji cadangan untuk memiliki kepentingan dalam syarikat itu.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, Dr. Mahathir membuat saranan itu pada pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pertemuan selama 90 minit itu, Perdana Menteri mempelawa Sarawak dan Sabah untuk meneroka gagasan tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah – untuk memiliki kepentingan dalam Petronas.

“Ini mengambil kira mengenai kedudukan syarikat minyak negara itu sebagai syarikat minyak global, dengan konsesi di luar negara, terutama di Asia Tengah, Afrika dan Amerika Utara, terutama di Kanada,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan berkenaan, Abang Johari memaklumkan kepada Dr. Mahathir bahawa Sarawak perlu mengkaji cadangan itu secara mendalam, dan mahu mengukuhkan penyertaan syarikat minyak dan gas milik negeri itu, Petros, dalam aktiviti hiliran dan huluan industri di Sarawak.

Tags: Mahathir MohamadpetronasSabahSahamsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd