• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Kes 6 Lelaki Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes enam lelaki yang didakwa atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) melalui aplikasi Facebook dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, S Chandru, 38; juruteknik, S Arivainthan, 27; penjaga stor, S Thanagaraj, 26; pengawal keselamatan, M Pumugan, 29; seorang guru sekolah menengah di Telok Panglima Garang, Selangor, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52, dan pemandu teksi, V Balamurugan, 37.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah dan Aliff Asraf Anuar Shahruddin mengemukakan izin di bawah Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah bagi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semasa sebutan kes berkenaan hari ini.

Berhubung isu jaminan yang dibangkitkan oleh pihak peguam, Azura berkata, ia perlu dikemukakan di Mahkamah Tinggi memandangkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam Ramkarpal Singh, R T Rajasekaran, Syafiqah Sofian dan Matthews Judedi mewakili kesemua tertuduh.

Pada 31 Oktober lepas, keenam-enam lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan menggunakan aplikasi Facebook masing-masing atas nama ‘Ariventhan Subramaniam’, ‘Tamilarasan Sivam’, ‘Pumugan Tamilan’, ’Chandru Suparmaniam’, ‘Elilan Elilan’ dan ‘Balamurugan Veerasamy’.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Cawangan Khas Bukit Aman di sini antara jam 9 pagi dan 3 petang pada 11 Januari 2019 dan 11 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 29 Oktober lepas, kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di beberapa negeri atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan kumpulan itu.

Pengakuan tidak direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes-kes di bawah SOSMA akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Pengakuan mereka akan direkodkan di Mahkamah Tinggi kemudian.

Tags: ADUN DAPfacebookLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd