• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bogel Serang Polis Depan Masjid

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki kurang siuman yang berbogel bertindak agresif menyerang anggota polis ketika cuba ditahan selepas mengamuk di hadapan Masjid Negeri, Sultan Ahmad Shah 1 di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 40-an yang bersenjatakan parang itu bertindak melibas senjata tajam itu ke arah anggota polis berkenaan dan terkena bahagian kepala dan lengan.

Bagaimanapun anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berusia 29 tahun itu bernasib baik hanya cedera ringan apabila parang itu hanya terkena topi keledar yang dipakai.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, suspek kemudiannya melarikan diri hampir satu kilometer sebelum berjaya ditahan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini.

Menurutnya, suspek sempat membuang parang yang dibawa ke dalam sungai sebelum ditahan.

Lelaki kurang siuman mengamuk dalam keadaan bogel.

“Suspek yang ditahan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan dan dirawat di zon merah,” katanya.

Mohd Noor berkata, sebelum itu pihaknya bertindak menghantar anggota polis selepas menerima aduan berhubung tindakan lelaki itu yang membawa parang berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran jejantas di Jalan Besar.

“Suspek ketika itu dilihat mengetuk besi jejantas dengan parang dibawa sebelum berlari menghala ke Masjid Negeri dan cuba mencederakan diri sendiri,” katanya.

Aksi lelaki kurang siuman yang mengamuk itu tular selepas video kejadian dikongsi melalui Facebook Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 sebelum dikongsi netizen.

Tags: berbogelkurang siumanserang polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Dituduh Serang Polis, Cederakan Pemandu Bas

30/01/2020
0

JOHOR BAHRU - Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan...

Lelaki Bangladesh Tak Siuman Buat Kacau Di Bukit Bintang

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai kurang siuman kerana membuat kacau dan bertindak agresif dengan bersenjatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd