• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Tak Siuman Buat Kacau Di Bukit Bintang

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai kurang siuman kerana membuat kacau dan bertindak agresif dengan bersenjatakan pisau di Jalan Bukit Bintang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata lelaki itu mengacukan pisau kepada orang awam yang melalui jalan itu sebelum melarikan diri ke jejantas di Jalan Pudu bersebelahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebaik menyedari kehadiran polis.

“Lelaki itu berusia dalam lingkungan 30-an kemudian bertindak memanjat tiang papan tanda berdekatan sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang dan membuat provokasi di atas papan tanda.

“Ekoran itu, polis memohon bantuan pihak bomba dari Balai Hang Tuah untuk memujuk dan membawanya turun, namun lelaki itu sekali lagi bertindak ganas dengan menendang bahagian muka serta badan anggota bomba dan polis ketika proses itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Fahmi berkata lelaki itu berjaya ditahan pada jam lebih kurang 2.10 petang dan dibawa ke Balai Polis Tun H.S Lee untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai di kawasan kejadian selain videonya tular di media sosial.

Tags: Bukit Bintangkurang siumanWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rosak Habis Identiti Negara Konon Madani – Ridhuan Tee

Rosak Habis Identiti Negara Konon Madani – Ridhuan Tee

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa kesal terhadap penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave...

Festival Muzik Air Rain Rave 2026: Ahmad Zahid Tegaskan Pendirian UMNO

Festival Muzik Air Rain Rave 2026: Ahmad Zahid Tegaskan Pendirian UMNO

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian UMNO berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd