• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan ‘Pemerhati Tak Sah’ Punca Kongres AMK Kecoh

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Pihak yang didakwa menimbulkan kekecohan di pintu utama dewan tempat berlangsungnya Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan dalam kalangan perwakilan, sebaliknya disifatkan sebagai ‘pemerhati tidak sah’.

Naib Ketua AMK Cabang Shah Alam, Muhammad Izuan Ahmad Kasim, 28, berkata, beliau yang ketika itu mahu memasuki dewan pada mulanya turut menyangka pihak terlibat adalah jawatankuasa keselamatan kerana mereka sebelumnya dilihat cuba memasuki dewan melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, beliau menyedari kumpulan berkenaan sebagai ‘pemerhati’ selepas memasuki dewan berikutan kawasan dalam dewan sesak dengan pemerhati tanpa tag menyebabkan ada perwakilan terpaksa berdiri kerana tidak mendapat tempat duduk.

“Bila lihat apa yang berlaku, memang pelik dengan kewujudan kumpulan itu dan sebenarnya dewan itu muat untuk semua perwakilan AMK,” katanya ketika ditemui ketika Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Izuan turut kesal dengan insiden terbabit berkata, keadaan tersebut tidak menggambarkan semangat reformasi yang dilaungkan dalam parti.

Dalam masa sama dakwanya, kawalan keselamatan terhadap kemasukan pemerhati juga dilihat tidak ketat, tidak sebagaimana kawalan dilaksanakan ke atas perwakilan.

“Bila melihat mereka berbaju hitam itu tidak memakai tag dan usia bawah 20-an, kami cuba minta Mykad, malangnya tiada seorang pun berani berikan dan berlaku kekecohan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kekecohan berlaku apabila didakwa lebih 100 perwakilan tidak dapat memasuki Dewan Klasik Room di tempat berlangsungnya Kongres AMK hari ini. – Sinar Harian

Tags: Kongres Nasional AMKpergaduhanPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd