Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Akui Tolak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui rancangan pembangkang untuk menolak Bajet 2016 bukan...

PAS Kelantan Sedang Kenal...

KOTA BHARU - PAS Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Gerakan...

Agong Berkenan Terima Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Elak Daki Gunung Datuk...

REMBAU – Orang ramai diminta supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Datuk...

KP Kesihatan Maklum Pada Keluarga Hasil Bedah Siasat Nazrin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi diberitahu laporan bedah siasat ke atas jenazah ketua pegawai eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dimaklumkan kepada abang mangsa oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah sendiri melalui WhatApps.

Abang kepada Nazrin yang merupakan saksi pendakwaan ke-18, Dr Abdul Aziz Hassan, 59, berkata, laporan bedah siasat itu diterima melalui WhatsApp yang dihantar Hisham kepadanya pada 18 Jun 2018.

Laporan bedah siasat itu diterima oleh Hisham daripada seorang doktor bernama “Dr. Siew” yang melakukan bedah siasat terhadap adiknya, dan Hisham kemudian memajukan laporan berkenaan kepadanya sebelum Aziz menghantarnya kepada tertuduh pertama, Samirah Muzaffar, 44.

Melalui isi kandungan WhatsApp antara Aziz dengan Samirah yang dibacakan peguam bela tertuduh, Muhammad Shafee Abdullah, Aziz memaklumkan kepada Samirah, hasil bedah siasat yang selesai pukul 7.30 malam itu mendapati letupan telefon bimbit menyebabkan kebakaran sehingga mengorbankan Nazrin.

“Samirah bertanya, adakah Nazrin dalam kesakitan? Kamu membalas tidak. Dia tidur lena/tidak sedar,” katanya ketika membacakan isi kandungan WhatsApp itu di hadapan Hakim Ab Karim Ab Rahman pada perbicaraan hari ini.

Terdahulu, Shafee mengemukakan 3 dokumen iaitu salinan perbualan melalui WhatsApp antara anak guamnya itu selain perbualan antara Aziz dengan rakan Nazrin, Shahrul Idzwan.


Dalam prosiding sama, Aziz memberitahu mahkamah beliau tidak mempunyai nombor telefon Samirah hinggalah pada hari kejadian.

Samirah, isteri kepada Nazrin, 47, dan 2 remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kategori