• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan perlu bersuara isu masyarakat Islam di Xinjiang China

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemuda UMNO menyeru pemimpin dan pejuang hak asasi manusia bersuara bagi mendepani tragedi yang menimpa masyarakat Islam di wilayah Xinjiang, China.

Exconya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham melalui satu kenyataan memberitahu, dasar asimilasi sistematik pihak berkuasa China terhadap penduduk di sana amat memalukan dan melanggari hak asasi manusia pada tahap yang kritikal.

“Masjid dan sekolah agama dirobohkan, penduduk diseksa dan dipaksa melakukan amalan yang menyalahi agama, anak-anak kecil diberikan pendidikan bagi proses indoktrinasi dan kaum wanita dirogol dan dikahwini secara paksa.

“Tindakan ini dilakukan dengan alasan untuk mengasimilasikan di China dan membendung penularan pengganas,” katanya.

Menurutnya, Malaysia perlu mengutuk penganiayaan masyarakat Islam Uighur sama seperti kutukan yang diberikan terhadap penindasan etnik Rohingya.

Beliau berkata, hak asasi manusia hendaklah menjadi keutamaan berbanding dengan kepentingan ekonomi negara.

“Sejarah akan ingat siapa yang membisu. Jika Malaysia ingin menjadi pemimpin dunia Islam, maka seharusnya kita menjadi yang pertama untuk mengumumkan pendirian dalam isu penindasan ke atas masyarakat Islam di sana.

“Kita menyeru umat Islam dan penduduk Malaysia secara keseluruhannya agar mengambil maklum dan melihat secara serius isu penindasan kaum yang berlaku kepada Uighur, China.

“Dunia Islam seluruh dunia seharusnya menyatakan sokongan agar kesedaran awam terhadap isu ini diperluaskan lagi bagi memberi tekanan terhadap pihak-pihak yang terlibat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Chinamasyarakat islamPemuda UMNOUighurXinjiang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd