• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Belum Terima Laporan Penuh Kehilangan Amri, Raymond

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh daripada pasukan petugas khas berhubung siasatan kes kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, pasukan yang ditubuhkan pada Jun lepas itu sepatutnya menyiapkan laporan penuh dalam tempoh 6 bulan seperti ditetapkan ketika penubuhannya.

“Sepatutnya mereka sudah selesai dan laporan itu diserahkan kepada saya untuk tindakan lanjut. Sehingga itu, saya tidak boleh umumkan apa hasil siasatan,” katanya pada sidang media selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Pasca Bencana Pantai Timur hari ini.

Pada 26 Jun lepas, Muhyiddin mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas melibatkan 6 anggota yang bertanggungjawab meneliti kes kehilangan paksa dua individu terbabit, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi Abd Rahim Uda.

Pasukan itu memfokuskan dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa kehilangan Amri dan Raymond masing-masing pada 24 November, 2016 dan 13 Februari, 2017 disebabkan penglibatan Cawangan Khas.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kementerian memandang serius dakwaan kemungkinan warga China yang terlepas daripada serbuan pihak berkuasa di Cyberjaya sebelum ini kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian memulakan jenayah serupa di negeri lain.

Beliau berkata keadaan itu memberi gambaran seolah-olah kecenderungan warga China datang dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk melakukan jenayah siber, penipuan dalam talian dan judi haram.

“Kita pandang serius perkara ini dan jika ada bukti mereka sudah berpindah-randah untuk melakukan aktiviti jenayah, tindakan tegas harus diambil segera,” katanya.

Mengikut laporan media, sekumpulan 40 warga China ditahan pihak Imigresen Perak di sebuah banglo elit di Taman Gopeng, Ipoh semalam di mana 2 daripadanya dipercayai melarikan diri daripada serbuan imigresen di Cyberjaya pada 20 November lepas.

Dalam serbuan di bangunan 6 tingkat di Cyberjaya itu, imigresen menahan 680 warga China kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian, manakala lebih 100 orang berjaya melarikan diri.

Mengenai misi bantuan itu, Muhyiddin berkata, 38 sukarelawan bersama 30 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan terlibat memberi bantuan pasca banjir kepada penduduk di Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan serta Besut, Terengganu.

Tags: amri che matKDNraymond koh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang Memerhati – Muhyiddin

Next Post

Mahathir Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

Mahathir Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd