• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak- Kanak Mangsa Pertama Banjir Di Kelantan

oleh
02/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh dekat sini ditemui maut pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh jam 8 pagi ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat. Kita bersedih di atas kejadian itu kerana membabitkan kanak-kanak.

“Elakkan anak-anak kecil bermain air di musim banjir kerana membahayakan nyawa mereka,” katanya selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu adalah mangsa banjir pertama yang lemas di Kelantan.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras.

Tags: kanak-kanakKelantanmangsa banjirmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd