• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Penubuhan Majlis Media Malaysia

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Kabinet baru-baru ini secara dasar bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Menurutnya, mesyuarat pertama mengenai majlis berkenaan dijangka akan diadakan minggu hadapan yang dipengerusikan beliau sendiri.

Mesyuarat juga disertai bersama lapan individu yang mewakili media dan ia akan membincangkan aspek mengenai kerangka penubuhannya.

“Penubuhan MMC ini bertepatan masanya, bagi memastikan masa depan dan kebajikan pengamal media dalam negara lebih terjamin.

“Saya percaya dengan penubuhan MMC ini banyak perkara berkaitan dengan masalah pengamal media akan dapat diatasi dari semasa ke semasa,” katanya di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pesta Bola Ngoca 2019 di Empang Bangkung, Juasseh, di sini, Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, berkata keanggotaan majlis berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

MMC adalah sebuah badan kawal selia kendiri yang boleh meletakkan standard yang tinggi bagi komuniti media untuk membantu membina dan mengekalkan kepercayaan rakyat kepada industri berkenaan dan bertindak sebagai sebuah badan timbang tara antara rakyat dan pihak media demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Terdahulu pada program berkenaan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan muncul juara pertandingan bola sepak sawah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, manakala Veteran DBKL, Kuala Lumpur naib johan dan meraih RM7,000 serta Baling FC, Kedah di tempat ketiga dengan membawa pulang RM5,000.

Tags: kabinetmajlis media malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd