• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Lokman Datang, Prosiding Kes Hishammuddin Tangguh

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prosiding lembaga disiplin kes surat tunjuk sebab terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini ditangguhkan buat kali ketiga.

Sesi yang dijadualkan berlangsung jam 2 petang tadi di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini hanya dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli Lembaga Disiplin parti bahawa prosiding itu ditangguhkan dengan alasan terpaksa akur arahan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa ia bukan kali pertama cubaan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa untuk membatalkan siasatan ke atas Hishammuddin yang dituduh dengan beberapa kesalahan antaranya mempengaruhi beberapa pemimpin di Sabah untuk melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya amat kecewa, bagi saya Hishammuddin adalah pengkhianat parti yang tidak boleh dibiarkan dan tiada siapa patut lindungi beliau.

“Bukan hanya maklumat saya terima daripada akar umbi parti, saya juga menerima maklumat dari pihak Arab Saudi bahawa beliau membantu memperbaiki kedudukan hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Arab Saudi.

“Orang ini (Hishammuddin) hari ini menjadi alat kepada musuh UMNO dan saya tak faham kenapa pada kali pertama jawatankuasa disiplin siasat kes ini, mereka arah hentikan siasatan.

“Kali kedua mereka siasat selepas saya buat laporan, sekali lagi mereka arah henti siasatan. Presiden parti dalam ‘group’ ketua bahagian mengatakan bahawa beliau mendapat kebenaran daripada perwakilan, …ini tak benar sama sekali,” katanya menerusi video dimuat naik menerusi Facebook, hari ini.

Lokman turut mendakwa Ahmad Zahid membuat keputusan sendiri mengatakan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu bersetuju supaya kes Hishammuddin ditutup.

“Ini ‘bullshit’, ia tidak berlaku, …apa yang dia cakap dalam sesi penggulungan adalah kes ini kita tutup kerana ia hanya khabar angin,” katanya.

Beliau turut menegaskan Lembaga Disiplin sewajarnya diberi tanggungjawab dengan bebas dan tidak sepatutnya Presiden dan Setiausaha Agung mengarahkan siasatan dihentikan.

Ahli Lembaga Disiplin wajar meletakkan jawatan jika berpandangan tugas mereka dihalang oleh Presiden parti.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Lokman berkata, keputusan Tan Sri Apandi Ali meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan mementingkan maruah diri daripada jawatan dalam parti.

Lembaga Disiplin sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh Presiden.

“Tindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan parti dan menghina kedudukan Pengerusi dan Lembaga Disiplin parti.

“Sebarang langkah untuk menyapu kes Hishammuddin ke bawah karpet atas alasan mahu memastikan Ahli Parlimen UMNO kekal bersama dan untuk membuat keputusan secara ‘en-block’ jelas membuktikan bahawa ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan BERSATU.

“Apa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan Kerajaan Pintu Belakang?” soalnya. – BH Online

Tags: Hishamuddin HusseinLokman AdamUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd