Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Mati Akibat...

IPOH - Seorang anggota polis mati dipercayai akibat dibelasah di sebuah premis sarang...

Dewan Rakyat: Tempat Duduk...

KUALA LUMPUR - Berlaku perubahan tempat duduk dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen blok...

DUN Sabah Lulus RUU...

KOTA KINABALU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan rang...

Calon PM: Anwar Minta...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan portal berita propembangkang kononnya...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

KUALA LUMPUR – Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana mendakwa beliau mempengaruhi keputusan menteri dan mengganggu tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Nor berkata, industri itu memerlukan individu yang neutral untuk menerajui Finas.

“Persatuan sebulat suara menggesa Hans Isaac letak jawatan sebagai pengerusi Finas.

“Pertembungan ini tidak manis, CEO pun kalau kita nak bawa balik dah tak mungkin,” katanya dalam sidang media hari ini merujuk keputusan ahli Lembaga Pengarah Finas meluluskan permohonan Idham memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac tahun depan.

Semalam, Unit Komunikasi Korporat Finas dalam kenyataan mengumumkan kontrak perkhidmatan Idham dipendekkan atas sebab peribadi.

Idham dilantik sebagai CEO Finas selama 2 tahun berkuat kuasa 11 Mac tahun ini.

Khir mendakwa timbul desas-desus Hans terlalu mengganggu urusan pentadbiran dan melantik sekutunya untuk memenuhi kuota ahli Lembaga Pengarah Finas.

“Mereka dah ‘design’ seolah-olah nak sabotaj, apa yang CEO bawa mereka ‘reject’.

“Bila sabotaj CEO, ini maknanya kamu sabotaj industri sebab dia (CEO) bawa apa yang industri suarakan.”


Turut hadir wakil Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit), Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC), Pertubuhan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) dan bekas ketua pengarah Finas, Kamil Othman.

Sementara itu, semua wakil persatuan itu menggesa Putrajaya mengeluarkan portfolio seni dan perfileman serta Finas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Khir mendakwa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo gagal menyelesaikan masalah yang membabitkan punca pendapatan penggiat seni tempatan.

Presiden PIKDM, Dean Lau Andullah mendakwa Gobind enggan mengadakan sesi “townhall” dengan penggiat seni sehingga kini.

“Susah nak dekati dia (Gobind) sebab di KKMM ada satu dewan boleh isi sampai 5,000 orang, kalau kita boleh kumpul mereka yang berdaftar di bawah Finas, saya rasa tak susah langsung.

“Tapi masalahnya, menteri tak nak jumpa (kita),” katanya. – FMT

Kategori